9.10.11

Hiwar (perbualan) nak beli lobak merah.

Lama sangat aku mengabaikan blog ni. Nah, layan dulu video dari Arabian Sinbad. Aku terhibur kalau tengok arabian sinbad punye video.ringkas dan comel.


Ni details dia;

Arnab : السلام عليكم, هل عندكَ جَزَر 
            (assalamualaikum, adakah kamu punyai lobak merah?)
Burung : لا, ما عندي جزر. عندي عنب 
            (tidak, saya tak punyai lobak merah. saya punyai anggur)
Arnab : لا, لا أريد أن أشتري عنب 
            (Tidak, saya tak mahu beli anggur)
Burung : لماذا؟ 
            (kenapa?)
Arnab : لِأنَ الأَرَانِبَ لاَ تَأْكُلُ عنب 
            (sebab arnab arnab tak makan anggur)
Burung : إشتري..إشتري لهم جبن 
            (belilah...hmmm belikanlah mereka keju)
Arnab : لا, لا أريد 
            (tak, saya tak mahu)
Burung : لماذا؟ 
             (kenapa?)
Arnab : لِأنَ الأَرَانِبَ لاَ تَأْكُلُ جبن 
            (sebab arnab arnab tak makan keju)
Burung : إشتري..إشتري لهم بيض 
             (err..belilah, belikanlah mereka telur)
Arnab : لا أريد 
            (saya tak mahu)
Burung : لماذا؟ 
             (kenapa?)
Arnab : لا أريد, لِأنَ الأَرَانِبَ لاَ تَأْكُلُ بيض 
            (saya tak mahu, sebab arnab arnab tak makan telur)
Burung : أسف, ما عندي جزر 
            (maafla, saya tak ada lobak merah)
Arnab : حسنا, انا لا أريد ان اشتري جزر 
            (baiklah, saya tak mahu beli lobak merah)
Burung : لماذا؟ 
             (kenapa?)
Arnab :  لِأن سني مكسور 
             (kerana gigiku tiada. hehehe)

p.s. sebagai seorang yang hanya dapat 6 untuk arab tinggi, sila beri tunjuk ajar salah dan silap :D

21.9.11

Kata kata sapaan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Menyambung pelajaran Bahasa Arab, kalian perasan tak huruf hijaiyah sebenarnya ada berapa? 28? 29? Sebenarnya dalam list huruf sebelum ni ada huruf yang tertinggal iaitu huruf hamzah,( ء ). Sebenarnya nak cerita pasal hamzah ni, tapi takpelah skip dulu. Takut kalian bosan pulak nanti.


Jadi kita terus masuk 'Greetings in Arabic" atau pun, التحية العربية (tahiyyatul arabiah) :
  1. Ucapan selamat pagi (تحية الصّباح) adalah صَبَاحُ الخَيْر (sobahul khair) dan dijawab dengan صَبَاحُ النُّوْر (sobahunnur)
    • Makna di ambil secara istilah iaitu selamat pagi. Namun jika dimaknakan secara harfiah, sobah bermaksud pagi, khair bermaksud baik dan nur bermaksud cahaya.
  2. Ucapan selamat petang (تحية المساء) adalah مَسَاءُ الخَيْر (masaa ul khair) lalu dijawab dengan مَسَاءُ النُّوْر (masaa unnur)
    • Masaa' adalah bermaksud petang.
  3. Ucapan ketika bertemu (تحية اللقاء) adalah أهْلًا وَسَهْلًا (ahlan wa sahlan) dan jawapannya adalah أهْلًا بِكَ (ahlan bika) atau pun أهْلًا بِكِ (ahlan biki)
    • Ucapan ketika bertemu samalah seperti welcoming. Jawapan ahlan bika adalah untuk dijawab kepada lelaki. Manakala jawapan ahlan biki adalah untuk dijawab kepada perempuan.

21.8.11

Kegarisan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bermula Jun 2011 yang lalu, saya ada mengikuti kelas Arab anjuran Koperasi Al Bayan yang terletak di Akademi Pengajian Al Quran, Universiti Malaya. Seminggu hanya 4 jam, namun perlu lah korbankan sedikit waktu di pagi hari Sabtu. 

Tanpa sembang lebih-lebih lagi, kembali kepada tujuan asal blog ini untuk share sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat tak kiralah apa. Dan untuk yang pertama ini adalah untuk berkongsi apa yang saya belajar di kelas Arab anjuran Al Bayan tersebut.

Bagi yang langsung tiada basic, bolehlah bermula dengan mengenal huruf huruf hijaiyah (Arabic characters) dan makhraj nya sekali. Ini penting untuk membaca, mendengar, menulis dan bertutur dengan tepat.




Setelah mengenal huruf, aksesori² nya jangan lupakan: 
  1. Harakah (الحركات) dimana terdiri daripada panjang dan pendek. 
    • Yang pendek ada fathah (baris atas), dhommah (baris depan) dan kasrah (baris bawah). 
    • Yang panjang tu macam hukum mad ada alif, wau dan ya yang masing masing sebelum nya berbaris atas(fathah), hadapan(dhommah) dan bawah(kasrah)
  2. Tanwin (التنوين) ataupun kita panggil baris dua. Bunyinya seakan ada huruf nun mati. Terletak hanya dihujung perkataan dan hanya pada kata nama. 
  3. Sukun (السكون) yang kita panggil mati.
  4. Shaddah (الشدّة) juga kita panggil sabdu; dimana dibaca dengan dua huruf yang sama berturut huruf pertama mati dan yang kedua berbaris. contoh: شَدَّ = شَدْدَ
Okay, dah cukup panjang lah tu untuk nota pertama. Eh, macam belajar alif ba ta je ek? Takpe, jangan bimbang saya share sikit perkataan perkataan arab ye:

أَبٌ (bapa)   أُمٌّ (ibu)   جَدٌّ (datuk)   جَدَّةٌ(nenek)  

أَخٌ(brother)  أُخْتٌ(sister)    زَوْجٌ(suami)    زَوْجَةٌ(isteri)


وَالِدٌ(bapa)    وَالِدَةٌ(ibu)    


عَمٌّ(uncle sebelah bapa)    عَمَّةٌ(aunty sebelah bapa)


خَالٌ(uncle sebelah mak)    خَالَةٌ(aunty sebelah mak)   


 إِبْنٌ(son)    إِبنَةٌ\ بِنتٌ(daughter)

tu semua ahli keluarga. ok, selamat belajar~ :D
ilalliqa'~ الى اللقاء

Iklan sikit buat yang berminat untuk join kelas: http://www.albayan.com.my

16.8.11

Kata Aluan adalah Pertama

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Blog ini telah di-renovate. Cuma agak pening rasanya selepas bermain dengan text tulisan jawi/arab, gaya menaip pun dah jadi pening. Mujur saya masih boleh memahami kaedah nya. Tak apalah, abaikan sahaja masalah peribadi saya ni. Hehe

Di sini saya akan share perkara bagus untuk kalian (harap harap nye la ye..) hehe. Ok tu je, dah pening

 !!yang penting, Nantikan