21.8.11

Kegarisan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bermula Jun 2011 yang lalu, saya ada mengikuti kelas Arab anjuran Koperasi Al Bayan yang terletak di Akademi Pengajian Al Quran, Universiti Malaya. Seminggu hanya 4 jam, namun perlu lah korbankan sedikit waktu di pagi hari Sabtu. 

Tanpa sembang lebih-lebih lagi, kembali kepada tujuan asal blog ini untuk share sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat tak kiralah apa. Dan untuk yang pertama ini adalah untuk berkongsi apa yang saya belajar di kelas Arab anjuran Al Bayan tersebut.

Bagi yang langsung tiada basic, bolehlah bermula dengan mengenal huruf huruf hijaiyah (Arabic characters) dan makhraj nya sekali. Ini penting untuk membaca, mendengar, menulis dan bertutur dengan tepat.




Setelah mengenal huruf, aksesori² nya jangan lupakan: 
  1. Harakah (الحركات) dimana terdiri daripada panjang dan pendek. 
    • Yang pendek ada fathah (baris atas), dhommah (baris depan) dan kasrah (baris bawah). 
    • Yang panjang tu macam hukum mad ada alif, wau dan ya yang masing masing sebelum nya berbaris atas(fathah), hadapan(dhommah) dan bawah(kasrah)
  2. Tanwin (التنوين) ataupun kita panggil baris dua. Bunyinya seakan ada huruf nun mati. Terletak hanya dihujung perkataan dan hanya pada kata nama. 
  3. Sukun (السكون) yang kita panggil mati.
  4. Shaddah (الشدّة) juga kita panggil sabdu; dimana dibaca dengan dua huruf yang sama berturut huruf pertama mati dan yang kedua berbaris. contoh: شَدَّ = شَدْدَ
Okay, dah cukup panjang lah tu untuk nota pertama. Eh, macam belajar alif ba ta je ek? Takpe, jangan bimbang saya share sikit perkataan perkataan arab ye:

أَبٌ (bapa)   أُمٌّ (ibu)   جَدٌّ (datuk)   جَدَّةٌ(nenek)  

أَخٌ(brother)  أُخْتٌ(sister)    زَوْجٌ(suami)    زَوْجَةٌ(isteri)


وَالِدٌ(bapa)    وَالِدَةٌ(ibu)    


عَمٌّ(uncle sebelah bapa)    عَمَّةٌ(aunty sebelah bapa)


خَالٌ(uncle sebelah mak)    خَالَةٌ(aunty sebelah mak)   


 إِبْنٌ(son)    إِبنَةٌ\ بِنتٌ(daughter)

tu semua ahli keluarga. ok, selamat belajar~ :D
ilalliqa'~ الى اللقاء

Iklan sikit buat yang berminat untuk join kelas: http://www.albayan.com.my

5 comments:

Anonymous said...

bagus hajar, kami yang baca pun belajar sikit2.. :)

Hajar B said...

bagus. nanti inshaAllah akan menyusul lagi..baru 'on your mark'. nanti leh kite cakap 'arab same2 :D

Ahya said...

suke suke!! :D

Hajar B said...

thanks!
kalau ada apa2 pertanyaan or suggestion are most welcomed too. walaupun aku dapat 6C je, arab tinggi, akan ku usaha kan :D

Anonymous said...

mohon di izin copy gambarnya kak, untuk diajarkan pada teman2 yg lain . :)

fb: https://www.facebook.com/tanjung.here