السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Menyambung pelajaran Bahasa Arab, kalian perasan tak huruf hijaiyah sebenarnya ada berapa? 28? 29? Sebenarnya dalam list huruf sebelum ni ada huruf yang tertinggal iaitu huruf hamzah,( ء ). Sebenarnya nak cerita pasal hamzah ni, tapi takpelah skip dulu. Takut kalian bosan pulak nanti.
Jadi kita terus masuk 'Greetings in Arabic" atau pun, التحية العربية (tahiyyatul arabiah) :
Jadi kita terus masuk 'Greetings in Arabic" atau pun, التحية العربية (tahiyyatul arabiah) :
- Ucapan selamat pagi (تحية الصّباح) adalah صَبَاحُ الخَيْر (sobahul khair) dan dijawab dengan صَبَاحُ النُّوْر (sobahunnur)
- Makna di ambil secara istilah iaitu selamat pagi. Namun jika dimaknakan secara harfiah, sobah bermaksud pagi, khair bermaksud baik dan nur bermaksud cahaya.
- Ucapan selamat petang (تحية المساء) adalah مَسَاءُ الخَيْر (masaa ul khair) lalu dijawab dengan مَسَاءُ النُّوْر (masaa unnur)
- Masaa' adalah bermaksud petang.
- Ucapan ketika bertemu (تحية اللقاء) adalah أهْلًا وَسَهْلًا (ahlan wa sahlan) dan jawapannya adalah أهْلًا بِكَ (ahlan bika) atau pun أهْلًا بِكِ (ahlan biki)
- Ucapan ketika bertemu samalah seperti welcoming. Jawapan ahlan bika adalah untuk dijawab kepada lelaki. Manakala jawapan ahlan biki adalah untuk dijawab kepada perempuan.